Pemikiran Rawak: Perempuan

Pemikiran Rawak: Perempuan

Okayh! now nak share, mungkin lebih kepada mencatat untuk rujukan masa akan datang. Aku ada dengar perkongsian santai pasal "women at workplace, How to succeed and be outstanding" . Bila Dr.Rabiah (one of the speaker) cakap menurut kajian la en, 60% perempuan tak push for high salary, atau mudah kata perempuan ni tak ramai yang berani lagi untuk jadi outstanding bila promosikan diri sendiri untuk dapatkan kerja. Tak sama dengan lelaki, yang katanya lebih confident untuk promosikan diri sendiri, masih teragak-agak atau terima je gaji takat tu, asalkan dapat kerja, gitcheww.

Tapi personally, semua tu berbalik kepada diri kita sendiri. Macam mana kita berani nak tunjukkan pada orang lain tentang apa yang boleh kita contribute pada masyarakat la terutamanya. Sebenarnya, banyak jugak point yang best bila Dr.Rabiah tu kupas pasal isu perempuan kat tempat kerja.

Terutamanya pasal mentaliti atau anggapan masyarakat kita kat malaysia berkaitan dengan gender. Aku tertarik bila Dr. tu ada cakap , perempuan kat Malaysia ni kebanyakannya dah maju, banyak yang dah bekerjaya, dan banyak jugak antara kita(perempuan) yang dah ada visi. Maksudnya, lepas graduate dah ada perancangan nak buat apa. Tapi kebanyakkannya, tersangkut kat tengah jalan disebabkan environment kita, mentaliti kita, perspektif kita sendiri terhadap gender.

Lelaki lebih bebas atau kurang terikat dengan mentaliti masyarakat kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Tak macam kat negara barat, peluang kat sana, perempuan dah sama level dengan lelaki, sampaikan satu tahap dah jadi "gender wars". Tapi kita kat sini, mostly perempuan bila berjawatan tinggi mesti ada yang tak gemar dengan gaya pimpinan perempuan, atau lebih jelas kita ada mentaliti yang mana kita kata perempuan ni lebih beremosi.

Hello! hahaha, bila dengar kupasan Dr. tu, terbuka jugak la pemikiran aku. Kalau perempuan ni beremosi, pastu lelaki ni apa? tak beremosi? Dan kalau bahas pasal isu ni, nanti boleh kait dengan "semua tu bergantung pada orang", "lelaki lebih rasional" blablabla . Sebelum tu tahu tak apa maksud rasional sebetulnya?

Rasional menurut kamus dewan edisi-4 : alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan.

maka, rasional ni boleh dikatakan sebab untuk kita bertindak, contohnya kalau kerja tetibe kena maki dengan boss, kalau tak buat salah takkan orang saja-saja nak marah. (dah terasa macam melalut dah ni hahaha)

Apa yang cuba untuk aku catat kat sini sebenarnya, sebagai perempuan kita boleh jadi sama level atau lebih daripada lelaki bilamana berkaitan dengan kerja. Kalau bab munakahat tu lain! itu fitrah yang jangan dilawan nak lebih-lebih dari lelaki ye haha

berbalik kepada yang kat atas tadi, kebanyakan perempuan tersangkut kat tengah jalan dalam vision dia disebabkan environment kan?(salah satu) , bab environment ni kita boleh ubah, bak kata Dr. tu kita yang create environment yang macam mana kita nak. Salah satu benda yang penting untuk achieve kejayaan en, dengan mudahnya kita boleh kata kita perlukan support system yang cantik. Jadi, support system ni la yang boleh kita create sendiri. masih tak nampak lagi en? hahaha

contoh la, sekeliling kita semua ada kelebihan masing-masing, yang kadang-kadang tu kita tak nampak pun kelebihan sendiri, tapi orang lain boleh nampak potensi kita and vice versa. Jadi, dari sini kita boleh cuba untuk cipta circle dengan orang-orang yang ada kelebihan tu, dorang mungkin tak nampak atau segan nak tunjuk. Tapi kita yang nampak apa kelebihan dorang tu, kita cuba untuk raikan atau sokong dorang to go further. Dan percayalah setiap yang kita buat pada manusia lain, itulah yang akan berbalik semula kepada kita.

Jadi nak disimpulkan, bila kita support orang lain, at the end of the day orang pun akan buat perkara yang sama pada kita or even more than that (disclaimer: sila pilih kawan ye, benda ni takkan menjadi bila berkawan dengan manusia toksik!)

Yang pentingnya, persekitaran kita, nak menang atau achive sesuatu perkara, kena ada usaha dan susun strategi. mungkin banyak lagi la benda lain yang boleh disebut. Tapi secara peribadinya, aku lebih suka untuk tengok benda kecik-kecik yang melibatkan diri sendiri dulu sebelum orang lain, sebab aku jenis manusia yang go details. ceh!

Satu lagi benda, lain orang, lain pemikiran. Tapi bagi aku, perempuan kena ada visi hidup sendiri. Contoh, ada target untuk cantikkan level education kita, sebab at the end of the day , kalau panjang umur dan sempat kahwin dan ada anak, kita yang akan jadi contoh untuk anak kita, dan benda ni berkait pulak dengan environment, mentaliti anak tu nanti. Aku malas nak hurai bab-bab ni, sebabnya benda tu ada kaitan dengan ilmu parenting hahaha dan masanya belum tiba untuk seorang aina HAHAHAHA

Jadi, lepas dah bebel panjang-panjang, nak simpulkan bahawasanya wanita janganlah sia-siakan potensi anda untuk jadi yang terbaik, benda ni bagi benefits untuk diri sendiri, suami dan anak jugak. jauhh naww fikir, makanya sampai sini ajelahh saya punya syarahan untuk bulan ni :))