Ketaatan

Ketaatan

Semalam, aku ada dengar satu ceramah dalam youtube. Dan ada satu part tu, bila ustaz kazim ceritakan kisah dalam kitab yang dorang bincangkan, aku menangis. Dalam masa yang sama aku terfikir pasal tanggungjawab sebagai seorang anak bila ibu dengan ayah dah makin makin tua.

Sebelum tu, apa yang aku tulis ni adalah sebagai catatan ilmu yang aku dapat dan aku ringkaskan daripada apa yang aku dengar melalui ceramah tu. Tajuk dia pasal "Taat suami atau mak ayah" . Kita sebagai anak dikira sebagai Furu', furu' ni perkataan arab yang bermaksud cabang. Ibu, ayah, atuk, nenek adalah Usul. Kita ni adalah cabang daripada Usul yang wajib untuk jaga Usul (ibu ayah) bilamana mereka sakit, miskin, waima kalau hidup mereka okay je pun masih perlu untuk kita jaga mereka.

Benda pertama yang aku nak hurai adalah nafkah seorang anak kepada ibu ayah. Bahagian ni, ustaz ada sebut "perkahwinan bukan mengurangkan tanggungjawab tapi menambahkan lagi tanggungjawab". Aku suka untuk tengok frasa tu dalam konteks seorang perempuan. Segelintir perempuan yang dah berkahwin, ada sentimen yang mana kena taat pada suami je dan kita dah terlepas daripada tanggungjawab pada ibu ayah kita. Walhal benda ni salah. Anak perempuan, walaupun dah berkahwin perlu untuk dia beri nafkah kepada ibu dan ayah dia.

Tapi! bukan guna duit suami dia untuk bagi nafkah pada ibu ayah dia. Sama jugak dengan lelaki, kena juga bagi nafkah kepada ibu ayah dorang. Cuma pada side lelaki ni agak common dalam masyarakat kita. Pastu, cakap pulak pasal antara anak lelaki dengan anak perempuan siapa patut bagi lebih? ada 2 pendapat kat sini, kita dengan mazhab syafie ada kelonggaran macam... kita memberi ikut kemampuan kita. Contoh, kalau si kakak bergaji besar maka kakak boleh bagi lebih, kalau adik lelaki bergaji kecil cukup ikut kemampuan masing-masing and vice versa lah. Satu lagi pendapat daripada 2 mazhab lagi (mazhab maliki & hanbali), anak lelaki yang kena bagi lebih sebab dorang dapat harta pusaka lebih daripada perempuan. That's it.

Yang keduanya, part ni yang buat aku nangis. Sebab kisah ni buat aku teringat setiap satu benda yang ayah sediakan untuk aku membesar, untuk aku hidup, untuk aku bercita-cita.

Kisah dia pasal Saidina Umar al-khattab nampak seorang perempuan gendong ayah dia. By that time, ayah dia dah tua dan bersifat macam budak-budak. Bila jauh akan menangis panggil dia, merengek bila lapar/dahaga, kalau dibiarkan kat tanah si ayah akan main tanah, imagine orang tua yang dah nyanyok dan bersifat macam kanak-kanak. Disebabkan susah sangat, maka perempuan ni usung je ayah dia kemana-mana. So, bila perempuan tu gendong ayah dia, Saidina Umar macam impressed la sebab sampai macam tu sekali perempuan tu sanggup jaga ayah dia.

Jadi, Saidina Umar pun puji cara perempuan tu jaga ayah dia. Tapi perempuan tu kata, "kerana belum lagi aku bayarkan hak bapaku" so apa hak bapak dia tu en?  "sesungguhnya adalah bapaku pelihara akan daku, daripada aku kecil hingga aku dewasa, dia bela aku. Dan berdirilah dia dengan segala asbabku" makna kata kat sini, disebabkan anak ayah sanggup buat apa je, seorang ayah sanggup jaga anak dia waktu anak sakit, hantar anak gi sekolah, anak nak sesuatu ayah usahakan, kerja keras nak cukupkan si anak tu (time typing ni pun still rasa sebak weh)

" bapaku buat semua untuk aku, dan khidmat dia akan aku". Seorang ayah sediakan semuanya untuk anak, rumah, bilik tidur, pakaian, makan minum, " dan dia mencita-citakan akan daku"  seorang ayah akan bercita-citakan si anak, anak nak jadi doktor ke, engineer atau apa-apa yang hebat dimata anak, ayah akan ada untuk cuba sediakan kepada si anak, atau senang kata jadi pemangkin kepada anak "dan enggan dia daripada mati aku" kalau anak tu sakit, ayah akan buat apa je untuk sihatkan anak dia, sekalipun sampai terpaksa kena keluar banyak duit, asalkan anak tu tak mati "dan bila dia sudah tua, dan dia sakit, maka aku berkhidmat untuk bapaku. Sekarang aku berdiri memelihara bapaku. Akan tetapi aku bercita-cita bila bapaku akan mati...".

Saidina Umar terdiam weh bila dengar perempuan tu cakap macam tu. Perempuan tu macam mengharapkan ayah dia cepat mati sebab penat nak jaga.  Aku terus direct teringat ayah. Nak kata aku dari family senang, takde la senang tapi alhamdulillah cukup dan aku dapat merasa banyak benda asbab daripada usaha ayah aku dan rezeki family kiteorang.

Dari kecik, dari tadika la senang kata. Bila aku dapat top 1 or even  no.6 masa darjah 4 pun ayah akan bagi reward jugak hahaha. Which is benda yang aku nak masatu la. Even sampai sekarang, bila keluar beli apa-apa benda. Ayah akan tanya aku nak yang mana, ayah memang akan bagi aku pilih yang paling aku suka. Lepas dengar cerita kat atas tu, aku terfikir, bila ayah dah tua, mampu ke aku nanti nak jaga ayah, nak bagi apa yang ayah nak, sama macam ayah selalu bagi pada aku. Kalau sampai tahap perempuan tu jaga ayah dia, memang aku tak mampu. Terfikir, aku akan jadi selfish ke bila dah ada family sendiri nanti? Suami aku akan okay ke kalau nak jaga ibu ayah?

Ada je jenis pasangan yang tak izinkan isteri dia jaga ibu ayah bila dorang tengah sakit. Dan perempuan patut cari bakal suami yang ada common sense, yang bijak boleh guna otak untuk buat decision dan tak guna kan kuasa veto suami untuk larang isteri daripada keluar rumah semata nak jaga ibu ayah. Kita sendiri pun tahu besar keberkatan hidup bila kita jaga ibu ayah, sebab sekali pun dah kahwin, ibu ayah tu masih tanggungjawab kita.

Kesimpulannya, ada 2 benda kat sini, satu nafkah, kedua tanggungjawab untuk jaga ibu ayah sekalipun kita dah berkahwin. Perkata tu tetap akan ada selagi ibu dengan ayah hidup. Ibu ayah dah takde pun masih ada tanggungjawab jugak. Doa anak-anak untuk mereka.

Maka sampai sini jela saya punya catatan kalini, aku harap yang baca catatan ni dapat input jugak la :)