Kapasiti

Tahu apa maksud kapasiti?
Dalam kamus dewan edisi ke-4, kapasiti tu bermaksud kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu. Dalam erti kata lain, kapasiti tu juga adalah kekuatan. Jadi apa yang aku nak tulis kat sini, kita semua ada kapasiti yang berbeza. Dan cuma kita yang tahu kapasiti kita pada tahap mana untuk buat sesuatu perkara.
Mac 2022, aku dah mula bergiat dengan cara hidup baru. Lepas satu, bersambung lagi dan lagi aktiviti yang aku sendiri tak tahu sama ada akan bagi kelebihan pada aku ataupun tak. Paling-paling pun aku patut dapat sijil, bukti aku berkhidmat untuk sesuatu perkara tu. Sekarang baru aku sedar.
April-Jun 2022, aku dah masuk ke fasa optimum. Fasa yang mana aku rasa aku mampu untuk buat semua dan beri komitmen penuh dalam sesuatu perkara yang aku dah pilih. Aku rasa satu kepuasan bila aku dapat buat benda lain selain daripada kerja hakiki aku iaitu belajar. Aku masih ada masa untuk dibuang, dan masih padat dengan perkara-perkara luar kelas. Termasuklah berjimba dengan kawan-kawan.
Julai 2022, aku dah menapak ke fasa menjunam. Banyak perkara yang bersilang, dan makin banyak benda yang menyerabutkan. Tapi masih cuba pujuk diri, semua benda bersifat sementara je. Tak lama lagi habislah semua ni. Dan aku agak serik. Aku dah semakin dekat dengan garis maksimum kapasiti aku sendiri. Kebanyakan hari aku rasa terbeban, terbeban dengan komitmen yang aku sendiri dah pilih untuk memberi. Dan masa ni lah, aku kerap sakit. Kerap demam, sedangkan aku bukan jenis yang senang jatuh sakit.
Ogos 2022, aku dah dalam fasa memberontak. Aku pilih untuk buat keputusan ikut kepala sendiri yang mana mungkin akan menyusahkan pihak lain. Tapi bukan niat aku juga nak buat semua tu. Syukur, aku ada ketua yang sangat memahami, pegawai yang memberi ruang dan kawan-kawan yang baik. Tapi sebenarnya ada faktor penolak yang lagi besar untuk aku buat keputusan macam tu. Boleh kata setiap hari aku fikir, apa akan jadi, orang akan label aku sebagai pentingkan diri, dan seangkatan aggapannya. Waima aku kekal kat sana sekalipun, hidup merempat jugak. Orang lain tak berpijak dalam kasut aku, dan bukan tanggungjawab aku untuk menerangkan semua perkara yang aku alami pada mereka. ikut suka lah nak fikir apa pun. Aku ada solusi, dan solusi aku, perlukan aku untuk tak berada di sana bagi beberapa tempoh masa.
Malang bila apa yang aku dah rancang terpesong, aku sakit lagi. Tapi taklah aku mengeluh yang aku sakit. Ada sebab kenapa datangnya sakit, ada hikmah juga sebalik datangnya sakit. Rancangan aku lari - habis. Tapi aku masih keras kepala untuk cuba lagi. Kalau tak bergerak bila nak selesai masalah kan. Bila masalah tak selesai selagi tu asyik fikir dan fikir.
Apa yang cuba aku nak tekankan kalini, ini adalah semua pengalaman aku yang diceritakan secara kasar. Apa yang jadi pada diri aku, ini catatan aku yang mana aku harap aku takkan buat lagi di kemudian hari. Kenal diri sendiri dan kapasiti kita. Jangan pernah cuba letakkan orang lain sebagai penanda aras untuk kita capai macam dia. Sebab kapasiti kita dan dia tak sama.
Dan hidup ni terlalu singkat untuk bergelumang lama-lama dengan perkara yang buat kita stress, terbeban dan tak ikhlas. Yes! Ikhlas. Itupun salah satu kata kunci juga. Tak ada keikhlasan, kita pun takkan buat kerja dengan sempurna. Rasa terpaksa dan terbeban dengan semuanya.
Akhir sekali, aku belajar untuk tak menekan diri dengan benda yang berpanjangan. It's okay, sebabnya apa yang dah jadi ni pun tak ada dalam jangkaan aku. Aku tersalah masuk "kawasan", kawasan yang mana cuma orang-orang yang hebat je boleh kekal dan seronok berkerja dalam tu. Aku bukan dalam kalangan mereka.
+ Do not ever try to give a toxic positivity to yourself , dengan berkata semua tu akan mematangkan kita, berperit dulu bahagia kemudian. NO! Dunia dah berubah, jangan terlalu menekan diri dengan benda yang kita sendiri tak ada kerelaan untuk buat. Sekian.