2022 - Buku Baharu

10.53 malam
Assalamualaikum and Hi!
Sekarang ni dah dalam page baru, rasa macam kekok sikit ye sebab kat sini boleh dikatakan sangat simple dan tak banyak tools yang boleh guna atau boleh kata tak ada tools langsung ye hahahaha. Disebabkan dia website dan bukan web blog yang biasa bloger guna.
Jadi kat sini macam lebih sesuai untuk aku luahkan pasal pemikiran aku atau apa-apa ilmu yang patut aku kongsi daripada pembacaan atau pendengaran pasal bahan-bahan ilmiah atau pengalaman aku sendiri ke kannn. Aku ingatkan macam boleh attach gambar sekali, tapi lebih kepada gaya menulis artikel kat sini.
Nak dijadikan cerita macam mana aku boleh jumpa dengan page yang kita boleh pakai untuk buat website yang bagi aku website macam ni sangat sesuai untuk golongan yang baru startup business. Okay kembali kepada cerita, aku ada tengok ig seorang hamba Allah ni la. Dia share pasal cara nak buat website yang senang dan tak perlu untuk coding bagai. Lepas tengok reels dia aku terus terfikir, macam okay je kalau nak cuba buat website sendiri. Sebab sebelum ni aku dengan blog biasa je.
Dan aku ada teringat sorang penulis yang aku minat gaya penulisan dia, santai tapi sampai. Dia pun ada website sendiri dan kerap jugak aku baca bila dia ada update entry baru. Kalau boleh attach, nanti aku letak link website dia sekali. Maka, lepas selesai makan malam aku pun memang tak sabar dah nak cuba sendiri create web page aku (UwU)
Blog sebelum ni okay je, tak ada sebarang masalah pun. Cuma tu lah kita nak jugak cuba benda baru. Dan aku menulis kat blog atau page ni untuk simpan isi fikiran dari dalam kepala sendiri tapi dalam bentuk journaling. Tapi tak ada la sampai tahap jadi diary kat sini sebab macam tak sesuai aje.
Sebelum ni aku ada join space dalam twitter, pasal penulisan atau journaling. Boleh dikatakan dalam tu ramai jugak penulis yang gempak-gempak. Dorang pun ada cadangkan untuk tulis apa yang kita fikir, apa yang kita rasa. Dan aku sangatlah bersetuju bila apa yang aku buat selama ni iaitu menulis dah dibuktikan dengan kata-kata atau pengalaman penulis tu sendiri pasal menulis apa yang kita rasa. Dorang pun buat benda sama jugak dulu dan masih teruskan tradisi menulis atau journaling ni.
Eh panjang pulak intro aku kalini, hahahahaha niatnya nak kenalkan tempat baru aje, tapi terpanjang pulak menulis. Tengok lah kalau lepas-lepas ni banyak idea-idea best nak dirungkai atau dihurai, paling tidak pun aku ada platform nak luahkan idea aku yang kadang-kadang macam tak berkeperluan pun. Tapi aku suka baca balik tulisan-tulisan aku yang lepas. Kadang-kadang tu rasa macam diri yang dulu lagi matang daripada yang sekarang.
Rasanya sampai sini je dulu, terima kasih untuk masa anda :))
website link penulis yang aku mention tu : https://hafizulfaiz.com/
yang ni pulak kalau nak baca penulisan aku yang dulu-dulu dalam blog : https://orcananaera.blogspot.com